create your own banner at mybannermaker.com!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 7 November 2011

tentang diri ku

assalammualaikum . . .

nama aku norazizah binti abu . . aku di lahirkan di hospital sultanah aminah . . keluarga aku cakap aku agak susah untuk di lahirkan dan oleh keran itu aku di bawa k hospital tersebut . . kalau tidak, aku hanya di lahirkan di hospital daerah pontian sahaja . . di mana hospital daerah di tempat aku . . aku hanya seorang budak perempuan yang berasal dari kampung sahaja . . dan keluarga aku agak sederhana . .tidak susah dan tidak kaya . . nama aku diberi oleh abang aku kerana dia ingin sama seperti namanya iaitu norazizi bin abu . .
aku di lahirkan pada 29.mei.1993 . . dan di besarkan di kampung parit haji ahmad . . aku anak terakhir dari 6 orang adik beradik . . ramai yang cakap bahawa anak terakhir merupakan anak yang manja . . tetapi aku rasa bahawa diriku ini bukan seorang anak yang manja . .
aku bukan anka mak dan bukan anak ayah . . mak meninggal ketika usia aku 9 tahun. . mungkin pada kamu usia itu sudah ckp besar untuk terima semua apa yang berlaku . . ya . . mula2 aku rasa aku sudah cukup besar untuk terima semua yang berlaku . . hidup tanpa seorang emak pada usia 9 tahun . . tapi setelah beberapa tahun berlalu , aku mula merasai kehilangan kasih sayang dari seorang mak . . kadang2 aku cemburu melihat mereka yang mempunyai emak . . aku terlalu rindukan mak . . aku merupakan anak perempuan dan tidak mungkin aku menjadi anak ayah kerana aku rasa aku perlu ada batas apabila bersama dengan ayah . . lagipun ayah seorang yang tegas dan tiada siapa yang berani dengannya . .

disini aku berani cakap bahawa aku ADIK AKAQ ! ! aku memang rapat dengan akaq-akaq aku kerana hanya mereka sahaja lah yang aku ada di rumah ini . . kami selalu bersama . . susah senang bersama . . tapi setelah angah dan along kahwin . . rumah menjadi sunyi . .uda pula merantau ke tempat orang lain . . adik beradik aku yang ada di rumah hanya aku . . abang chik dan oteh . . di sebabkan aku perempuan , aku lebih rapat dengan oteh . . apa-apa masalah aku akan cerita kepadanya . .sehinggakan jika sekolah meminta wang tambahan untuk apa-apa aktiviti , aku kana meminta kepadanya . . aku tidak berani meminta kepada ayah . . sehingga kini . . aku akan meminta wang dari oteh dan bukan ayah . . terima kasih oteh kerana telah memberi aku kesenagan dalam hidup walaupun kau terpaksa keje di kilang itu siang dan malam , tetapi kau akanberusaha untuk memberi aku duit itu walaupun kau meminta kepada adik beradi lain tapi kau berusaha untuk melakukannya . . insya 'ALLAH kalau aku dah senang nanti aku tak akan lupa kau . .
sekarang aku belajar di perak . . jauh dari rumah . . di rumah tinggal lah oteh dan abang chik sahaja . . agak sukar untuk aku balik selalu kerana sangat jauh dan memerlukan perbelanjaan yang banyak untung pulang ke rumah . . apa-apa pun aku akan buat yang terbaik untuk keluarga aku . .
AKU SAYANG KELUARGA AKU <3 !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan